Resepi Kari Ayam

Salam sejahtera untuk anda semua berjumpa kembali bersama Chef yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi mulai dari resepi ayam, puding, kek, mee, daging dan masakan lain yang terkini dan sulit. Kali ni Chef nak kongsikan resepi ayam lagi ialah resepi kari ayam paling sedap.

Resepi kari ayam dari bonda ni resepi istimewa yang sesuai dihidangkan dengan Ketupat, pulut kuning dan roti jala. Walaupun menggunakan bahan banyak tetapi cara memasak resepi Kari Ayam ini tidaklah begitu sukar, pastikan anda menggunakan santan dari kelapa yang segar untuk rasa yang memuaskan. Resepi istimewa untuk berbuka puasa dan hari raya.

Resepi Kari Ayam
Resepi Kari Ayam

Resepi Kari Ayam

Resepi kari ayam bonda ni sangat lazat dan sedap. Cara membuatnya pun sangat mudah kerana tak butuh bahan-bahan yang terlalu banyak dan mudah tuk dicari. Resepi kari ayam bonda ni adalah salah satu resepi kari ayam yang istimewa bagi kami kerana itu buatan dari bonda kami.

Jadi kami nak kongsikan resepi kari ayam dari bonda untuk anda semuanya. Bagi anda yang sudah tak sabar dengan resepi kari ayam bonda paling sedap ni tak perlu khawatir kerana kami nak kongsikan dibawah nanti. Sudah Jangan buang-buang masa lagi sila rujuk resepi kari ayam bonda paling sedap.

Bahan-Bahan Resepi Kari Ayam Sedap :

  • 500 gram ayam dipotong
  • 1 senduk besar minyak masak

Bahan Untuk Ditumbuk Halus

  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan Untuk Ditumis

  • 1 tangkai daun kari
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1/2 biji bawang dihiris nipis

Bahan-Bahan Lain Resepi Kari Ayam Mudah

  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes
  • 2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 asam keping

Cara Masak Kari Ayam Simple dan Sedap

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan
  3. Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
  4. Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
  6. Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
  7. Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
  8. Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.
  9. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
  10. Langkah terkahir, masukan tomato. Selamat mencuba

Tips Resipi Kari Ayam Bonda Sedap

  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak dan tidak sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Panggang Terkini

Demikian resepi kari ayam simple dan paling sedap dari bonda yang Chef kongsikan pada anda semua. Semoga nak bisa cuba dirumah buat ni kari ayam untuk keluarga dan kerabat.

1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkait
Resipi Ayam Memasak Merah
Read More

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah – Pernah makan ayam Memasak kuasa merah? Biasanya mungkin banyak, tetapi ingin mencari masih…
Resepi Ayam Bakar
Read More

Resepi Ayam Bakar

Ayam Bakar adalah hidangan ayam panggang yang menggunakan arang yang cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia. Ayam panggang…
Resepi Sup Ayam
Read More

Resepi Sup Ayam

Untuk cuaca sejuk dan panas, sup sentiasa memberi kesenangan sendiri. Selain itu, sambil berpuasa bagi mereka yang kurang…